Jumaat, 4 September 2009

Kayak Di Tasik Shah Alam




Sebelum perjalanan ke Pulau Kapas En Hisyam ada membuat latihan berkayak di tasik Shah Alam. Sebelum nie ada juga aku naik kayak tapi cara dan teknik tu aku x tau sangat. Pengalaman terakhir aku berkayak di Port Dickson pada hari buruh tahun nie adalah pengalaman pertama aku berkayak ngan sepupu. Itu pun kayak tu terbalik sebab byk masuk air dari tepi kayak.
Bila di ajar dgn cara yg betul baru aku yakin sikit nak berkayak. Aku berganding dgn Joe. Hmmm.... Joe oklah dia ada pengalaman berkayak.. aku nie.... Pastu tu En. Hisyam suruh kita orang yang pertama buat capsize selepas budak2 degree buat demo. Apalah nasib aku, terbalik jerlah... tapi nak naik balik jadi masalah gak sebab badan dah berat kot... ok lah aku berjaya gak tapi terkial2 gak rasanya.. masa kat Port Dickson tu aku mana tau nak naik balik dalam kayak mcm mana.. Puas hati gak dapat belajar macam mana nak menyelamatkan diri sekiranya kayak terbalik.. dr segi tu aku berpuas hati dan yakin nak ke Pulau Kapas.
Tapi kayak aku ngan joe asyik ke tengah dan ke tepi jer.... aku x puas hati sebab x dapat timing dia.. mcm mana nie sebab En Hisyam cakap kita orang kena berkayak ke Pulau Kapas. Risau gak hati nie sebab x penah berkayak jauh2... lagi pun cara nak berkayak pun masih x betul... ish2.... berdebar rasanya nak pergi Pulau Kapas.

2 ulasan:

  1. capsize da bukan capsite. Walau bagaimanapun coretan ni menarik untuk dibaca.

    BalasPadam
  2. Terima kasih En.Hisyam saya dah buat pembetulan

    BalasPadam