Ahad, 13 September 2009

Sampai di Pulau Kapas….(15/8/2009)






Aku antara orang terakhir menaiki bot untuk mengangkat barang-barang… teruja sungguh aku melihat keindahan alam ciptaan tuhan…. Pulau kapas memang sesuai dengan namanya, pantainya putih seperti kapas, dengan air yang biru….. Kagum sungguh aku lihat pemandangan dari atas bot….. Sampai saja kami menurunkan barang-barang , selesai menurunkan barang-barang kami membantu kawan-kawan yang telah sampai lebih awal dari kami untuk memasang khemah. Tapi aku pelik kenapa selepas itu kami diberi masa untuk menyiapkan khemah., menyediakan makanan, sampai makan pun kelam kabut……. Rupa-rupanya untuk membiasakan kami menepati masa… supaya sepanjang program kami di Pulau Kapas berjalan dengan lancar tapi apa yang dipraktikkan memang menjadi sebab aku merasainya sendiri…… Aktivit malam pertama, kami membaca yasin selepas solat maghrib, makan malam ?? hehehe aku sebenar nya dah lama tidak makan secara dulang kalau dalam orang jawa ambang… kalau balik kampung tu adalah tapi kat Kuala Lumpur mana nak jumpa…tapi yg hebat nya satu dulang makan sampai 6-8 orang …… rasa kelakar pun ada sebab di kampung satu dulang makan 4 orang…. Kira pengalaman pertamalah makan satu dulang ramai macam tu…. Malam itu selepas makan ada pulak sesi Ice Breaking yang dikelolakan oleh Leny dan Dila iaitu peserta Degree…Seronok juga cara dia orang gunakan untuk perkenalkan diri… melalui perasaan marah, geram, sedih dan bermacam-macam lagi kelakar pun ada… Dalam sesi ini kami diperkenalkan dengan fasilitator-fasilitator yang turut serta menjayakan program iaitu :- En Mazlin, En Mohd Rafsal, En Ahmad Amiruddin, Cik Yazilah, En Mohd Hazriq, En mohd Razif, En Mohd Yasir Foo, En Mohd Haffiz, Cik Bebika, Cik Siti Faraalina, Cik Yusfarahana, En Dasri dan En Mohd Ilham... selesai sesi Ice Breaking... Kami di ajar ikatan... cara-cara mengikat tali... hehehe aku ok lah sikit-sikit ikatan nie sebab aku senang bila orang ajar cepat sikit dapat.. tapi mungkin dah malam aku x berapa ingat beberapa jenis ikatan.. tapi ok gak aku dapat belajar benda baru sebab sebelum nie x pernah belajar ikatan kalau ikat tali pancing,perambut atau mata kail aku tau lah... tapi nama aku x tau...tapi malam belajar ikatan tue mmg aku mengantuk sangat... tue lah punca masa tu jer dapat pastu lupa... selepas kelas ikatan, aku dan kumpulanku ditugaskan untuk tugas sentri sehingga jam 3 pagi…tapi aku terpaksa meminta kebenaran dari ahli kumpulan ku untuk rehat kan diri sebab badan aku letih sangat bukan nak mengada-ngada tapi sebab aku masih demam…. Minta maaf Kak Yus, Kak Atie, Kak Mala…....Tapi malam terakhir aku sentri bersama kawan-kawan yang lain sampai pukul 5 pagi......

3 ulasan:

  1. Salam,
    Dah dekat sebulan ni. Cite Pulau Kpas tak abih lagi ke? Cite le pasal asal kapas jadi benang, asal benang menjadi kain, barang lepas jangan dikenang, cerita le pasal pulau lain.

    BalasPadam
  2. Steady la lu bro.. Detail beb lu ingat.. Mesti makan kismis banyak ni...

    BalasPadam
  3. Hadi, ko citer la panjang sikit ..... aku tgk starting dgn ending tengahx byk g citer tu... kluarkan je la he he...

    BalasPadam