Khamis, 17 September 2009

Hari Kedua (Ahad-16/8/2009)












Hari kedua aku bangun pukul 6 pagi..Pagi nie badan dah mula ok x demam lagi…Aku terus pergi mandi, solat subuh, dan bersiap… pagi pertama aktiviti dimulakan dengan memanaskan badan… pagi-pagi dah berlari tepi pantai seronok rasanya selalunya berjoging atas padang, track dan taman je… hehe.. susah jugak berlari atas pasir nie… dia org buat aerobic aku ikut jer…. Lama rasa nya x bersenam…. Selepas itu kami dibahagikan ikut kumpulan untuk pertandingan jalan kaki… hehehehe… mana ada org buat pertandingan jalan kaki berganti-ganti tapi seronok… sebab semua nie aktiviti2 yang tak pernah aku buat dalam situasi dan keadaan macam tu… Selepas sarapan kami dibahagikan kepada tiga kumpulan… aku bersama dua kumpulan aku, Kak Yus, Kak Atie, Kak Mala, Kak Sapia, Abg Apai dan Abg Khairy untuk aktiviti navigator atau jungle tracking dalam bahasa melayu merentas hutan.. Fasilitator yang mengiringi kami adalah Cik Hisyam … x sabar rasanya nak masuk hutan …sebelum bertolak kami di ajar cara melihat kompas… aku pernah tengok kompas tapi tak pernah pakai lagi… kami diberi map dan kompas untuk melakukan aktiviti… check point pertama kami adalah jeti pulau kapas…hmm dengan bantuan dan kerjasama rakan sepasukan kami, dapat sampai ke Jeti Pulau Kapas dengan mudah..check point kedua Teluk Berakit… macam mana rupa teluk berakit tu? Hati kecil ku tertanya-tanya.. Tengok kat map kena redah hutan…. Kami masuk ke hutan tapi sampai pertengahan jalan kami tersilap sebab kami rasa jalan tu terlalu sukar untuk dilalui… yer lah sebelum nie ada track dia kenapa tiba-tiba hilang kamj tengok kembali map dan kompas setelah diperhatikan betul2 kami ambil keputusan untuk ikut map dengan menyusuri anak sungai..sepanjang perjalan kami tengok map dan kompas takut tersalah… tapi memang penat masuk hutan nie… macam-macam jenis pokok yg tak pernah aku lihat… tapi paling aku teruja tengok ulat gonggok yang besar… kami ada berselisih dgn 3 org mat saleh yang juga membuat aktiviti jungle tracking dan budak degree… hmm tengok budak-budak degree tracking laju jer..lincah betul tgk dia orang… rindu rasa jadi muda badan ringan… heheh x tua sangat pun cuma badan dah gemuk tu yang berat.. akhirnya kami sampai ke Teluk Berakit berselisih dgn budak degree yang buat aktiviti kayak… rehat kejap kat situ pas tu kami meneruskan perjalanan ke check point ketiga kami ke Rumah Api kami ambil keputusan untuk menyusur keluar mengikut jalan kami masuk..alhamdulilah betul tekaan akak-akak nie… kamipergi ke tepi pantai dapat melihat rumah api… sampai di bawah bukit kami naik tangga… naik tangga ??????? aku dah lama x bersenam naik baru separuh jalan, kaki aku cramp… sakit aku tahan kan je… perlahan-lahan aku naik dgn memegang tali akhirnya sampai jugak… nak turun tu senang jer … hilang cramp tapi masih terasa sakit…seterusnya kami pergi ke check point ke empat … berpatah balik ke Jeti Pulau Kapas… dan akhirnya kami pergi ke check point terakhir… balik ke penempatan kami… huh lega rasanya dapat habiskan… tapi memang kami x sangka kami kumpulan pertama yang sampai…. Tapi cukup aku puas hati dengan aktiviti navigator banyak benda baru aku belajar…letih memang letih tapi peluh banyak keluar aku rasa badan aku betul-betul segar.. hilang demam… aku semakin bersemangat dan ternanti-nantikan aktiviti seterusnya… rehat sebentar , mandi, makan dan solat… petang ada aktiviti Water Confident… bunyi macam seronok jer, water2 nie… hehehe aku memang suka air..
Selepas selesai makan, mandi dan solat kami berkumpul semula untuk aktiviti Water Confident… Mula berdebar jugak tapi tgk kawan-kawan lain dicampak dalam laut dalam jarak 1.5 km rasa seronok pulak… x sabar rasa nak masuk dalam air… aku rasa group aku last sekali dicampak… tak pernah aku bayangkan selama nie aku disuruh berenang ketepi pantai dalam jarak yang sedemikian. Walaupun dicampak berasingan aku berenang ke arah rakan2 kumpulan ku Kak Atie dan Kak Yus… hmmm… aku kena ingat gak walaupun aku x reti berenang tarik orang tapi sekurang-kurangnya aku kena berada sebelah rakan2 ku…Kak Yus aku tgk dia memang dah ok berenang… Kak Atie hmmm boleh gak tapi x laju … tapi pas ajar dia beberapa teknik dah ok dah… laju gak… semasa dalam perjalanan ketepi pantai …rakan sekumpulan ku Kak Atie diserang obor-obor… terkejut aku tiba2 jer ada org menjerit….aku pun pergilah ke arah dia, tapi bila berdekatan dengan dia aku perasan ada seekor obor-obor berenang kearah ku… aku pun apa lagi larilah aku cuba berenang mengelakkan obor-obor itu… setelah itu baru aku berenang ke arah Kak Atie… Hmmm tapi kak atie memang kuat semangaaku kagum dengan dia… sampai ke tepian aku terasa ada benda tajam yang mencucuk pungungung ku dan kaki ku… setelah aku bangun rupa2 nya landak laut…..Akhirnya sampai jugak kami ke tepian ….. Tapi aku memang x sangka dan macam x percaya yang aku berenang jauh macam tu… tapi selepas nie kalau berlaku kecemasan aku yakin dan x panik ….
Setelah aktiviti itu kami membersihkan diri dan menyediakan makanan… Setelah selesai solat dan makan En. Hisyam mengadakan kelas untuk Rawatan Kecemasan… setelah selesai kelas kami melakukan aktiviti lemak manis… hmmm lemak manis??? Tadi kat khemah pusat En.hisyam ada juga cakap pasal lemak manis… hmmm rupa – rupanya aktiviti lemak manis macam aktiviti mencari harta karun gak…..aktiviti yang memerlukan iq yang tinggi… kalau siapa yang selalu main teka – teki ngan pantun nie boleh lah…. Tapi berkat kesabaran kami dapat jumpa akhirnya harta karun tu… kami bagi pada adik degree Nad… sebab kami dah penat kira ok lah ada akak2 nie ngan Nad kalau aku sorang seminggu x jumpa lagi… hehehehe…setelah selesai kami pun masuk tido…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan