Ahad, 13 September 2009

Hari Bertolak (14/8/2009)

Aku terpaksa pergi ke Uitm pagi-pagi untuk berjumpa dengan En. Hisyam. Hari sebelum itu aku ada menelefon En. Hisyam memaklumkan tentang kesihatan ku . Ish….berdebar rasanya nak ke Pulau Kapas. Badan masih rasa tidak selesa lagi tapi dapat aku rasakan yg demam ku semakin kebah. Sampai saja di Uitm mereka telah pun berkumpul di dewan. Masuk saja di dewan, En Hisyam bertanya sama ada aku dah lakukan saringan dibawah Fakulti …. Dalam keadaan mamai aku jawab jer sudah … rupa-rupanya En. Hisyam bergurau dengan aku. Tapi aku tidak kisah sebab aku masih mamai lagi penangan demam yang belum kebah sepenuhnya. Setelah memaklumkan pada En Hisyam, kami semua diberi penerangan serba sedikit tentang Pulau Kapas…..

Dalam Perjalanan ….

Aku dimaklumkan bas Uitm akan bergerak dalam pukul 6.00 petang… Aku sampai lebih kurang pukul 5.00 ptg di Uitm. Tidak sabar rasanya hendak ke Pulau Kapas. Tapi inilah kali pertama aku tinggalkan anak dan isteriku.. sayu hati aku melihat anak ku bermain-main, mesti aku akan merindui anakku sepanjang ku berada di Pulau Kapas…..sepanjang perjalanan ku aku tidak dapat tidur langsung semasa berada di dalam bas. Aku pun tidak tahu kenapa…… sampai di Marang, Terengganu kami berehat di masjid… dapatlah aku lelapkan mata sebentar selepas solat subuh….bangun dari tidur, aku bersarapan di gerai di hadapan masjid, memang best masakan orang Terengganu….selepas bersiap kami berjalan kaki ke Perikanan… memang aku terasa letih walaupun berjalan ke perikanan dekat, aku dapat rasakan badan aku masih lemah……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan