Khamis, 17 September 2009

Hari Ketiga (Isnin-17/8/2009)









Dalam tak sedar dah tiga hari aku berada diatas pulau…. Pagi hari ketiga kami dimaklumkan untuk melakukan aktiviti berkayak….hmmm dari hari pertama lagi aku tunggu bila lah aktiviti berkayak sebab sebelum pergi dah training…..rupanya hari ketiga baru aku dapat berkayak… hehehe… waktu yang aku tunggu-tunggu dah tiba … yer lah masa kat Tasik Shah Alam aku x puas berkayak…. Kami dimaklumkan untuk berkayak mengelilingi pulau… hehehe…. Aku digandingkan ngan Kak Mala… mula-mula berkayak aku pelik sebab kayak yang aku naik asyik ketengah dan ketepi… setelah suku perjalanan baru kayak kami stabil …. Ok lah tu timing dah dapat. Kami berkayak sehingga ke Teluk Berakit… Sampai di Teluk Berakit kami berehat minum dan makan bekalan yang disediakan…selepas itu kami diberi peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling… ini lah pengalaman pertama aku melakukan aktiviti snorkeling… x pernah aku bayang kan keindahan ciptaan tuhan di dalam laut…… . Tidak dapat digambarkan dengan kata2…. Aku memang minat dengan hidupan air nie… yerlah hobi aku pun memancing… tapi yang aku x sangka dalam air pun ada gua…… seram gak aku tgk gua tu terus aku pergi dari situ… yerlah buatnya ada ikan besar keluar makan aku.. ish ngeri… aku memang puas hati dapat buat aktiviti snorkeling… selepas itu kami berkayak semula …. Macam biasalah… aktiviti berkayak nie mesti ada capsize… aku mmg x sabar2 nak terjun air lagi….. tapi partner aku x nak pulak, yerlah aku faham Kak Mala demam….tapi nak buat macam mana , masa kali kedua aku disuruh capsize oleh En. Hisyam dan Fasilitator, peluang aku tunggu dah tiba … aku pun apa lagi capsizelah tanpa pengetahuan Kak Mala… debush !!!!! best….. Sorry Kak Mala arahan… hehehehe…setelah selesai aktiviti berkayak… kami berehat makan, mandi dan solat…
Petang tu kami diberitahu tentang aktiviti seterusnya adalah survival… kami dilarang membawa sebarang peralatan… kami diberi sebilah parang, air dua botol, beras, telor dua biji, garam, kopi, dan kentang. Hmmm… mancis lima btg….Lebih kurang pukul 4.30 ptg kami dibawa masuk ke dalam hutan.. Sampai dlm hutan kami diletakkan dilereng bukit kami membersihkan tempat,serta memasang kanvas… aku ditugaskan untuk memasang unggun api pucat jugak dibuatnya yerlah mancis yang terakhir baru aku dapat nyalakan api…. Malam begitu sunyi… aku dan ahli kumpulan bergilir-gilir sentry…. Macam2 bunyi ada aku perhatikan betul2 rupa2nya tikus yerlah dlm hutan mlm mcm tu…tapi tgh malam tue kayu api kami habis terpaksa lah aku mencari kayu api dgn menebang pokok mati…..penat gak lah… tapi malam tu kami tidur secara bergilir2….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan