Ahad, 24 Januari 2010

hmmm...

lama betul rasanya x masuk blog nie... rindu kat kawan2 pdrm plk... apa2 pun training hard, study smart and work excellent

Selasa, 27 Oktober 2009

Jenis-jenis Knots









Ada baiknya

Ada baiknya sakit nie mungkin ini dugaan dari Allah...Supaya kita umat nya beringat.. yerlah hari tu aku sibuk2 nak turun berat badan dah sakit nie terus turun xpernah aku turun sebanyak tu... sebelum sakit berat aku dalam 93kg yerlah masa raya makan x ingat dunia lepas dua minggu sakit aku timbang berat aku tinggal 88kg jer.. macam x percaya.. tapi alhamdulillah aku beransur pulih.....

Ujian ikatan dan amali low rope course

Pada hari Sabtu 10 oktober 2009 aku pergi menghadiri ujian ikatan dan aktiviti low rope course di belakang Kolam renang Uitm. Dalam keadaan x berapa sihat aku pergi mengenangkan ada ujian... semasa ujian kami di pantau oleh beberapa student full time untuk diberi markah.... selesai ujian kami membuat aktiviti low rope course.. aktiviti nie memerlukan kerjasama yang tinggi utk menyediakan temapat aktiviti aku membantu seada yang boleh.... tapi aku mmg xlarat aku tahan jer..

Dah Nasib

Dah nasib badan aku kot dahlah seminggu sebelum raya aku jatuh motor..masa tu dalam perjalanan ke uitm...nasib baik aku bawak perlahan jer... x lah teruk tapi sedih lah motor aku calar balar...xper lah yg penting nyawa. lepas raya pulak aku jatuh sakit satu family.. nak buat mcm mana dah nak kena... aku x dpt hadir kelas yg terakhir..lama gak tiga minggu aku x kerja..sedih aku sebab kalau aku x kisah lagi nie anak aku yg baru setahun setengah pun kena... ikut kan hati aku rasa nak stop jer study tapi aku kuatkan semangat...lagi pun dah separuh perjalanan...

Orienteering




hmmm...
selepas balik dari pulau kapas hr ahad tu ada kelas... kita org buat orienteering, aku mula2 x faham jugak pasal orienteering tapi dah di terangkan oleh En.Hisyam aku faham.. dgn menggunakan peralatan seperti kompas,kad,tape.. kami melakukan aktiviti..
tapi masa kumpulan aku mencari petunjuk ada satu petunjuk yg kami x jumpa.....hehehe... salah baca kompas kot... x pelah sekurang2 nya ada pengalaman....

Khamis, 17 September 2009

Hari Terakhir (Rabu – 19/8/2009)


Hari terakhir aku dan rakan-rakan bangun awal bersiap dan terus mengemaskan tapak perkhemahan…setelah sarapan kami mengangkut barang ke dalam bot… apalagi kemas nak balik la… bagi rakan-rakan yang dah kahwin tu mesti tak sabar2 jumpa anak2, isteri atau suami… Mesti aku akan rindu kenangan di Pulau Kapas… Setelah memasukkan barang ke dalam lori dan bas.. kami bertolak ke IPD Marang untuk membersihkan diri…. Setelah itu kami bergerak pulang ke rumah…. Tapi memang seronok naik bas PDRM terima kasih akak2 dan abang2 polis….

Terima kasih di ucapkan kepada En. Hisyam dan Fasilitator2 yang banyak membantu kami….Alhamdulillah dapat saya menghabiskan semua aktiviti dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan sepanjang berada di Pulau Kapas…. Rindu rasanya kat Pulau Kapas… Tak mungkin aku dapat pengalaman yang tidak dapat digambarkan dgn kata-kata……

Hari Keempat (Selasa –18/8/2009)








Bangun pagi kami masih di dalam hutan….aktiviti survival masih berjalan… hmm aku tertunggu2 bila fasilitator nak ambil kami… yerlah air yang dibekalkan sudah habis…. Haus sangat…. Jam 4 petang baru kami dapat keluar dari hutan … masa tu En Din yang ambil kami…. Dan dia suruh menceritakan kisah kehidupan… mungkin zaman aku x merasa susah sangat… yerlah org tua ku bekerja sekiranya tiada duit kami beramai-ramai kami pergi kekebun petik kopi…Cari siput sedut…susah mcm mana pun kalau buat kerja adalah duit… teringat balik aku rasa rindu dengan zaman kanak2 ku…… setelah keluar dari hutan kami diberi makan bubur dan air fresh orange…. Nikmat nya dapat makanan… yang penting air dekat 4 gelas aku minum air…. Setelah menjamu selera aku mandi dan solat … kemudian menyediakan makanan untuk bbq… best seronok betul dapat gotong royong macam tu……malam tu kami menyediakan bbq ada sotong panggang, udang bakar, ikan bakar….. best….. sotong kat Terengganu segar2… setelah selesai menjamu selera…ada aktiviti persembahan mengikut kumpulan … seronok juga lama x buat aktiviti macam tu…..selepas itu kami dibenarkan tidur….. aku sentry bersama rakan-rakan ku dan aku tidur jam 4.30 pagi….

Hari Ketiga (Isnin-17/8/2009)









Dalam tak sedar dah tiga hari aku berada diatas pulau…. Pagi hari ketiga kami dimaklumkan untuk melakukan aktiviti berkayak….hmmm dari hari pertama lagi aku tunggu bila lah aktiviti berkayak sebab sebelum pergi dah training…..rupanya hari ketiga baru aku dapat berkayak… hehehe… waktu yang aku tunggu-tunggu dah tiba … yer lah masa kat Tasik Shah Alam aku x puas berkayak…. Kami dimaklumkan untuk berkayak mengelilingi pulau… hehehe…. Aku digandingkan ngan Kak Mala… mula-mula berkayak aku pelik sebab kayak yang aku naik asyik ketengah dan ketepi… setelah suku perjalanan baru kayak kami stabil …. Ok lah tu timing dah dapat. Kami berkayak sehingga ke Teluk Berakit… Sampai di Teluk Berakit kami berehat minum dan makan bekalan yang disediakan…selepas itu kami diberi peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling… ini lah pengalaman pertama aku melakukan aktiviti snorkeling… x pernah aku bayang kan keindahan ciptaan tuhan di dalam laut…… . Tidak dapat digambarkan dengan kata2…. Aku memang minat dengan hidupan air nie… yerlah hobi aku pun memancing… tapi yang aku x sangka dalam air pun ada gua…… seram gak aku tgk gua tu terus aku pergi dari situ… yerlah buatnya ada ikan besar keluar makan aku.. ish ngeri… aku memang puas hati dapat buat aktiviti snorkeling… selepas itu kami berkayak semula …. Macam biasalah… aktiviti berkayak nie mesti ada capsize… aku mmg x sabar2 nak terjun air lagi….. tapi partner aku x nak pulak, yerlah aku faham Kak Mala demam….tapi nak buat macam mana , masa kali kedua aku disuruh capsize oleh En. Hisyam dan Fasilitator, peluang aku tunggu dah tiba … aku pun apa lagi capsizelah tanpa pengetahuan Kak Mala… debush !!!!! best….. Sorry Kak Mala arahan… hehehehe…setelah selesai aktiviti berkayak… kami berehat makan, mandi dan solat…
Petang tu kami diberitahu tentang aktiviti seterusnya adalah survival… kami dilarang membawa sebarang peralatan… kami diberi sebilah parang, air dua botol, beras, telor dua biji, garam, kopi, dan kentang. Hmmm… mancis lima btg….Lebih kurang pukul 4.30 ptg kami dibawa masuk ke dalam hutan.. Sampai dlm hutan kami diletakkan dilereng bukit kami membersihkan tempat,serta memasang kanvas… aku ditugaskan untuk memasang unggun api pucat jugak dibuatnya yerlah mancis yang terakhir baru aku dapat nyalakan api…. Malam begitu sunyi… aku dan ahli kumpulan bergilir-gilir sentry…. Macam2 bunyi ada aku perhatikan betul2 rupa2nya tikus yerlah dlm hutan mlm mcm tu…tapi tgh malam tue kayu api kami habis terpaksa lah aku mencari kayu api dgn menebang pokok mati…..penat gak lah… tapi malam tu kami tidur secara bergilir2….

Hari Kedua (Ahad-16/8/2009)












Hari kedua aku bangun pukul 6 pagi..Pagi nie badan dah mula ok x demam lagi…Aku terus pergi mandi, solat subuh, dan bersiap… pagi pertama aktiviti dimulakan dengan memanaskan badan… pagi-pagi dah berlari tepi pantai seronok rasanya selalunya berjoging atas padang, track dan taman je… hehe.. susah jugak berlari atas pasir nie… dia org buat aerobic aku ikut jer…. Lama rasa nya x bersenam…. Selepas itu kami dibahagikan ikut kumpulan untuk pertandingan jalan kaki… hehehehe… mana ada org buat pertandingan jalan kaki berganti-ganti tapi seronok… sebab semua nie aktiviti2 yang tak pernah aku buat dalam situasi dan keadaan macam tu… Selepas sarapan kami dibahagikan kepada tiga kumpulan… aku bersama dua kumpulan aku, Kak Yus, Kak Atie, Kak Mala, Kak Sapia, Abg Apai dan Abg Khairy untuk aktiviti navigator atau jungle tracking dalam bahasa melayu merentas hutan.. Fasilitator yang mengiringi kami adalah Cik Hisyam … x sabar rasanya nak masuk hutan …sebelum bertolak kami di ajar cara melihat kompas… aku pernah tengok kompas tapi tak pernah pakai lagi… kami diberi map dan kompas untuk melakukan aktiviti… check point pertama kami adalah jeti pulau kapas…hmm dengan bantuan dan kerjasama rakan sepasukan kami, dapat sampai ke Jeti Pulau Kapas dengan mudah..check point kedua Teluk Berakit… macam mana rupa teluk berakit tu? Hati kecil ku tertanya-tanya.. Tengok kat map kena redah hutan…. Kami masuk ke hutan tapi sampai pertengahan jalan kami tersilap sebab kami rasa jalan tu terlalu sukar untuk dilalui… yer lah sebelum nie ada track dia kenapa tiba-tiba hilang kamj tengok kembali map dan kompas setelah diperhatikan betul2 kami ambil keputusan untuk ikut map dengan menyusuri anak sungai..sepanjang perjalan kami tengok map dan kompas takut tersalah… tapi memang penat masuk hutan nie… macam-macam jenis pokok yg tak pernah aku lihat… tapi paling aku teruja tengok ulat gonggok yang besar… kami ada berselisih dgn 3 org mat saleh yang juga membuat aktiviti jungle tracking dan budak degree… hmm tengok budak-budak degree tracking laju jer..lincah betul tgk dia orang… rindu rasa jadi muda badan ringan… heheh x tua sangat pun cuma badan dah gemuk tu yang berat.. akhirnya kami sampai ke Teluk Berakit berselisih dgn budak degree yang buat aktiviti kayak… rehat kejap kat situ pas tu kami meneruskan perjalanan ke check point ketiga kami ke Rumah Api kami ambil keputusan untuk menyusur keluar mengikut jalan kami masuk..alhamdulilah betul tekaan akak-akak nie… kamipergi ke tepi pantai dapat melihat rumah api… sampai di bawah bukit kami naik tangga… naik tangga ??????? aku dah lama x bersenam naik baru separuh jalan, kaki aku cramp… sakit aku tahan kan je… perlahan-lahan aku naik dgn memegang tali akhirnya sampai jugak… nak turun tu senang jer … hilang cramp tapi masih terasa sakit…seterusnya kami pergi ke check point ke empat … berpatah balik ke Jeti Pulau Kapas… dan akhirnya kami pergi ke check point terakhir… balik ke penempatan kami… huh lega rasanya dapat habiskan… tapi memang kami x sangka kami kumpulan pertama yang sampai…. Tapi cukup aku puas hati dengan aktiviti navigator banyak benda baru aku belajar…letih memang letih tapi peluh banyak keluar aku rasa badan aku betul-betul segar.. hilang demam… aku semakin bersemangat dan ternanti-nantikan aktiviti seterusnya… rehat sebentar , mandi, makan dan solat… petang ada aktiviti Water Confident… bunyi macam seronok jer, water2 nie… hehehe aku memang suka air..
Selepas selesai makan, mandi dan solat kami berkumpul semula untuk aktiviti Water Confident… Mula berdebar jugak tapi tgk kawan-kawan lain dicampak dalam laut dalam jarak 1.5 km rasa seronok pulak… x sabar rasa nak masuk dalam air… aku rasa group aku last sekali dicampak… tak pernah aku bayangkan selama nie aku disuruh berenang ketepi pantai dalam jarak yang sedemikian. Walaupun dicampak berasingan aku berenang ke arah rakan2 kumpulan ku Kak Atie dan Kak Yus… hmmm… aku kena ingat gak walaupun aku x reti berenang tarik orang tapi sekurang-kurangnya aku kena berada sebelah rakan2 ku…Kak Yus aku tgk dia memang dah ok berenang… Kak Atie hmmm boleh gak tapi x laju … tapi pas ajar dia beberapa teknik dah ok dah… laju gak… semasa dalam perjalanan ketepi pantai …rakan sekumpulan ku Kak Atie diserang obor-obor… terkejut aku tiba2 jer ada org menjerit….aku pun pergilah ke arah dia, tapi bila berdekatan dengan dia aku perasan ada seekor obor-obor berenang kearah ku… aku pun apa lagi larilah aku cuba berenang mengelakkan obor-obor itu… setelah itu baru aku berenang ke arah Kak Atie… Hmmm tapi kak atie memang kuat semangaaku kagum dengan dia… sampai ke tepian aku terasa ada benda tajam yang mencucuk pungungung ku dan kaki ku… setelah aku bangun rupa2 nya landak laut…..Akhirnya sampai jugak kami ke tepian ….. Tapi aku memang x sangka dan macam x percaya yang aku berenang jauh macam tu… tapi selepas nie kalau berlaku kecemasan aku yakin dan x panik ….
Setelah aktiviti itu kami membersihkan diri dan menyediakan makanan… Setelah selesai solat dan makan En. Hisyam mengadakan kelas untuk Rawatan Kecemasan… setelah selesai kelas kami melakukan aktiviti lemak manis… hmmm lemak manis??? Tadi kat khemah pusat En.hisyam ada juga cakap pasal lemak manis… hmmm rupa – rupanya aktiviti lemak manis macam aktiviti mencari harta karun gak…..aktiviti yang memerlukan iq yang tinggi… kalau siapa yang selalu main teka – teki ngan pantun nie boleh lah…. Tapi berkat kesabaran kami dapat jumpa akhirnya harta karun tu… kami bagi pada adik degree Nad… sebab kami dah penat kira ok lah ada akak2 nie ngan Nad kalau aku sorang seminggu x jumpa lagi… hehehehe…setelah selesai kami pun masuk tido…..

Ahad, 13 September 2009

Sampai di Pulau Kapas….(15/8/2009)






Aku antara orang terakhir menaiki bot untuk mengangkat barang-barang… teruja sungguh aku melihat keindahan alam ciptaan tuhan…. Pulau kapas memang sesuai dengan namanya, pantainya putih seperti kapas, dengan air yang biru….. Kagum sungguh aku lihat pemandangan dari atas bot….. Sampai saja kami menurunkan barang-barang , selesai menurunkan barang-barang kami membantu kawan-kawan yang telah sampai lebih awal dari kami untuk memasang khemah. Tapi aku pelik kenapa selepas itu kami diberi masa untuk menyiapkan khemah., menyediakan makanan, sampai makan pun kelam kabut……. Rupa-rupanya untuk membiasakan kami menepati masa… supaya sepanjang program kami di Pulau Kapas berjalan dengan lancar tapi apa yang dipraktikkan memang menjadi sebab aku merasainya sendiri…… Aktivit malam pertama, kami membaca yasin selepas solat maghrib, makan malam ?? hehehe aku sebenar nya dah lama tidak makan secara dulang kalau dalam orang jawa ambang… kalau balik kampung tu adalah tapi kat Kuala Lumpur mana nak jumpa…tapi yg hebat nya satu dulang makan sampai 6-8 orang …… rasa kelakar pun ada sebab di kampung satu dulang makan 4 orang…. Kira pengalaman pertamalah makan satu dulang ramai macam tu…. Malam itu selepas makan ada pulak sesi Ice Breaking yang dikelolakan oleh Leny dan Dila iaitu peserta Degree…Seronok juga cara dia orang gunakan untuk perkenalkan diri… melalui perasaan marah, geram, sedih dan bermacam-macam lagi kelakar pun ada… Dalam sesi ini kami diperkenalkan dengan fasilitator-fasilitator yang turut serta menjayakan program iaitu :- En Mazlin, En Mohd Rafsal, En Ahmad Amiruddin, Cik Yazilah, En Mohd Hazriq, En mohd Razif, En Mohd Yasir Foo, En Mohd Haffiz, Cik Bebika, Cik Siti Faraalina, Cik Yusfarahana, En Dasri dan En Mohd Ilham... selesai sesi Ice Breaking... Kami di ajar ikatan... cara-cara mengikat tali... hehehe aku ok lah sikit-sikit ikatan nie sebab aku senang bila orang ajar cepat sikit dapat.. tapi mungkin dah malam aku x berapa ingat beberapa jenis ikatan.. tapi ok gak aku dapat belajar benda baru sebab sebelum nie x pernah belajar ikatan kalau ikat tali pancing,perambut atau mata kail aku tau lah... tapi nama aku x tau...tapi malam belajar ikatan tue mmg aku mengantuk sangat... tue lah punca masa tu jer dapat pastu lupa... selepas kelas ikatan, aku dan kumpulanku ditugaskan untuk tugas sentri sehingga jam 3 pagi…tapi aku terpaksa meminta kebenaran dari ahli kumpulan ku untuk rehat kan diri sebab badan aku letih sangat bukan nak mengada-ngada tapi sebab aku masih demam…. Minta maaf Kak Yus, Kak Atie, Kak Mala…....Tapi malam terakhir aku sentri bersama kawan-kawan yang lain sampai pukul 5 pagi......

Hari Bertolak (14/8/2009)

Aku terpaksa pergi ke Uitm pagi-pagi untuk berjumpa dengan En. Hisyam. Hari sebelum itu aku ada menelefon En. Hisyam memaklumkan tentang kesihatan ku . Ish….berdebar rasanya nak ke Pulau Kapas. Badan masih rasa tidak selesa lagi tapi dapat aku rasakan yg demam ku semakin kebah. Sampai saja di Uitm mereka telah pun berkumpul di dewan. Masuk saja di dewan, En Hisyam bertanya sama ada aku dah lakukan saringan dibawah Fakulti …. Dalam keadaan mamai aku jawab jer sudah … rupa-rupanya En. Hisyam bergurau dengan aku. Tapi aku tidak kisah sebab aku masih mamai lagi penangan demam yang belum kebah sepenuhnya. Setelah memaklumkan pada En Hisyam, kami semua diberi penerangan serba sedikit tentang Pulau Kapas…..

Dalam Perjalanan ….

Aku dimaklumkan bas Uitm akan bergerak dalam pukul 6.00 petang… Aku sampai lebih kurang pukul 5.00 ptg di Uitm. Tidak sabar rasanya hendak ke Pulau Kapas. Tapi inilah kali pertama aku tinggalkan anak dan isteriku.. sayu hati aku melihat anak ku bermain-main, mesti aku akan merindui anakku sepanjang ku berada di Pulau Kapas…..sepanjang perjalanan ku aku tidak dapat tidur langsung semasa berada di dalam bas. Aku pun tidak tahu kenapa…… sampai di Marang, Terengganu kami berehat di masjid… dapatlah aku lelapkan mata sebentar selepas solat subuh….bangun dari tidur, aku bersarapan di gerai di hadapan masjid, memang best masakan orang Terengganu….selepas bersiap kami berjalan kaki ke Perikanan… memang aku terasa letih walaupun berjalan ke perikanan dekat, aku dapat rasakan badan aku masih lemah……

Selasa, 8 September 2009

Demam oh demam....

hmm... Dalam x sabar nak pergi camping di Pulau Kapas aku demam. Suspek denggi, sebab aku x der batuk ngan selsema...nasib baik bukan H1N1... apalah ujian tuhan nak bagi.. sabar jer lah, dua hari sebelum pergi lak tu... hari pertama tu demam teruk gak, aku makan ubat 4 jam sekali ikut arahan doktor tapi tak kebah juga, suhu badan antara 38 ke 39 . Keluar modal sikit beli 100 plus, 4 botol besar aku minum dalam dua hari. Sebab antara ubat paling mujarab utk denggi 100 plus dengan sup ketam. hr kedua aku demam aku pergi jumpa doktor lagi dia bagi ubat kuat sikit, balik aku beli ketam pula buat sup. Nasib aku agak baik sebab demam mula berkurangan petang kedua tu.. tapi masih risau lagi sebab esok dah nak pergi tapi barang tak packing lagi, nasib baik ada isteri tersayang dia yang tolong aku packing barang2 nak dibawa ke Pulau Kapas. Doktor tak bagi aku pergi camping sebab aku demam.. tapi pagi sebelum pergi, aku mula beransur pulih dengan izin tuhan.. bersyukur aku...walaupun masih x sedap badan....

Jumaat, 4 September 2009

Kayak Di Tasik Shah Alam




Sebelum perjalanan ke Pulau Kapas En Hisyam ada membuat latihan berkayak di tasik Shah Alam. Sebelum nie ada juga aku naik kayak tapi cara dan teknik tu aku x tau sangat. Pengalaman terakhir aku berkayak di Port Dickson pada hari buruh tahun nie adalah pengalaman pertama aku berkayak ngan sepupu. Itu pun kayak tu terbalik sebab byk masuk air dari tepi kayak.
Bila di ajar dgn cara yg betul baru aku yakin sikit nak berkayak. Aku berganding dgn Joe. Hmmm.... Joe oklah dia ada pengalaman berkayak.. aku nie.... Pastu tu En. Hisyam suruh kita orang yang pertama buat capsize selepas budak2 degree buat demo. Apalah nasib aku, terbalik jerlah... tapi nak naik balik jadi masalah gak sebab badan dah berat kot... ok lah aku berjaya gak tapi terkial2 gak rasanya.. masa kat Port Dickson tu aku mana tau nak naik balik dalam kayak mcm mana.. Puas hati gak dapat belajar macam mana nak menyelamatkan diri sekiranya kayak terbalik.. dr segi tu aku berpuas hati dan yakin nak ke Pulau Kapas.
Tapi kayak aku ngan joe asyik ke tengah dan ke tepi jer.... aku x puas hati sebab x dapat timing dia.. mcm mana nie sebab En Hisyam cakap kita orang kena berkayak ke Pulau Kapas. Risau gak hati nie sebab x penah berkayak jauh2... lagi pun cara nak berkayak pun masih x betul... ish2.... berdebar rasanya nak pergi Pulau Kapas.

Tree Climbing



Tree climbing is an activity consisting of ascending and moving around in the canopy of trees.
A tree climber

Tree climbing is safe when done with the proper training and equipment. Use of a rope, helmet, and harness are the minimum requirements to ensure the safety of the climber. Other equipment can also be used depending on the experience and skill of the tree climber. Some tree climbers take special hammocks called "Treeboats" with them into the tree canopies where they can enjoy a picnic or nap, or spend the night.

Tree climbing is an "on rope" activity that employs a mixture of techniques and gear derived from rock climbers, cave explorers, sailors and loggers. Modern tree climbing techniques are a derivative of these other activities. These techniques are used to climb trees for many purposes, including animal rescue, recreation, sport, research, and activism.

Gliding


Gliding is a recreational activity and competitive sport in which pilots fly unpowered aircraft known as gliders (sailplanes) using rising air to gain altitude or speed. The word soaring is also used for the sport. There are separate articles on the related sports of hang gliding and paragliding.
When soaring conditions are good enough, experienced pilots can fly hundreds of kilometres before returning to their home airfields, and occasionally flights over 1,000 kilometres are made. However, if the weather deteriorates, they may need to land elsewhere, but motorglider pilots can avoid this by starting an engine.
While many glider pilots merely enjoy the sense of achievement, some competitive pilots fly in races around pre-defined courses. These competitions test the pilots' abilities to make best use of local weather conditions as well as their flying skills. Local and national competitions are organized in many countries and there are also biennial World Gliding Championships.
Powered aircraft and winches are the two most common means of launching gliders. These and other methods (apart from self-launching motor-gliders) require assistance from other participants. Gliding clubs have thus been established to share airfields and equipment, train new pilots and maintain high safety standards.